Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Melayu perlu lebih bijak berpolitik !

Senario semasa sepatutnya mencuit akal majoriti Melayu yang masih segan membuat anjakan pemikiran secara besar-besaran walaupun `rancangan realiti’ pemilihan agung amno Mac ini jelas menampakkan ketempangannya.Sudah terang lagi bersuluh amno bukanlah parti keramat yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan agama dan bangsa(?) dan negara.

Gejala rasuah(yang kelihatan lebih manis,manja dan seakan tidak berapa bersalah apabila diberi nama politik wang)kian membarah!Mereka menggunakan umpan duit untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa?Amat memualkan!.Rekod cemerlang dan kepimpinan bukan lagi resume yang menjadi keutamaan sebaliknya berapa tebalkah poket seseorang untuk mengagih habuan.Ini senario lama yang sudah berdaki dalam parti mereka sejak puluhan tahun lagi.

Bukan itu saja moral kebanyakan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding kebanyakannya amatlah dipertikaikan.Heboh dulu dengan seorang pemimpin negara yang membawa wang berkilo(jutaan) ringgit ke luar negara.Dari manakah datangnya wang tersebut?Begitu juga dengan insiden meraba di sebuah hotel di pertengahan tahun yang lalu…adakah ada si polan yang disyakki melakukan perbuatan terkutuk itu menawarkan diri untuk bertanding?Jika ini yang berlaku apakah kriteria yang diterima pakai untuk mereka memilih pemimpin mereka sekaligus akan memimpin negara kita?

Apakah dengan perkembangan yang tidak sihat ini orang melayu masih tidak ada kekuatan untuk bereksperimen politik seperti bangsa Cina dan India yang lebih ke depan?Orang melayu yang memang sudah terkenal seantero dunia dengan baik budinya serta halus tingkah-lakunya perlu berani untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang telah menjadi tradisi sejak zaman berzaman.

Melakukan eksperimen politik bukanlah meletakkan negara di tangan orang luar atau bangsa asing sebaliknya orang melayu tetap menjadi teras sementara Islam menjadi pelengkapnya.Amat malang jika melayu masih memekik `hidup melayu’ walhal dari pintu belakang ketuanan melayu semakin terhakis.Lihat saja Dasar Ekonomi Baru yang kununnya untuk membela melayu tapi menemui kegagalan akibat kerja mereka yang tidak bijak.

Apakah sebab yang menjadikan orang melayu terpejam mata mereka kepada kemungkaran yang berleluasa?Apakah yang mereka perlu sehingga memungkinkan mereka akan membuat perubahan?...tidak guna untuk meninggalkan seribu persoalan jika melayu hanya berminat dengan jawapan dan tidak betah untuk menunjuk jalan jika pemikiran lama terus bersarang!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP