Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

DEB: Di mana silapnya?

"Dalam tempoh masa tidak lama lagi,kita kan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru(DEB) akan di ganti" Kata Najib...Akhirnya Najib seakan mengakui kegagalan DEB yang sekian lama dimomokkan untuk membasmi kemiskinan dan menyeimbangkan ekonomi antara kaum di Malaysia.DEB pada asalnya di perkenalkan di zaman Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang mana diwaktu itu dilihat perlunya ada satu pendekatan serius untuk menangani kemiskinan yang majoritinya di kalangan orang Melayu dan Bumiputera.

Bermodalkan DEB lah umno mengambil kesempatan kononnya merekalah yang memperjuangkan melayu.Tahun demi tahun berlalu dan rasionalnya perancangan awal DEB tidak banyak yang menjadi kenyataan.Hanya segelintir melayu yang rapat dengan pemerintah,opportunis dan korporat-korporat besar sahaja yang banyak memperolehi manfaat.

Melihat realiti dan bertitik tolak dari itulah barisan pembangkang melihat jika beginilah keadaannya lebih baik dasar yang semakin terpesong dari tujuan asalnya ini dikaji semula.Lebih bijak jika Negara mengambilkira keadaan keseluruhan rakyat secara adil dan tidak memfokuskan kepada satu-satu bangsa sahaja.JIka majoriti melayu yang miskin maka sudah tentulah orang melayu yang sepatutnya ramai mendapat pembelaan dan begitu jugalah kaum lain.

Hairan bin ajaib.Begitulah realitinya politik di Malaysia.Sewaktu barisan pembangkang termasuklah Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid MB Selangor menggesa kerajaan mengkaji semula DEB maka berbondong-bondonglah pengampu-pengampu yang kononnya cintakan bangsa turun berdemontrasi tapi apabila Najib sendiri mengumumkannya mengapa seluruh alam sunyi sepi?Ke manakah hilangnya pengampu-pengampu yang dulu beria-ia menyalahkan pembangkang kononnya mengkhianati rakyat!Tidakkah kenyataan Najib kali ini mampu di bantah mereka?

Ironisnya jika DEB berjalan dengan telus sedari awal barangkali peratus pencapaian DEB sudah jauh lebih baik daripada sekarang.Tapi apabila diletakkan di tangan kelompok yang salah dan tidak amanah maka jadilah DEB itu hanya satu akronim yang melunakkan tapi hakikatnya masih gagal.

Kita masih menunggu-nunggu apakah jenis dasar yang akan diperkenalkan oleh Najib bagi mengganti DEB ini.Apakah ianya selari dengan hasrat pembangkang yang mahukan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dibela?Atau akan lahir satu lagi slogan lunak yang akan indah khabar dari rupa?Sama-samalah kita lihat sejauh manakah bakal PM yang baru ini bijak merencanakan kemajuan agama dan Negara.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP