YB kami Timbalan Menteri!

Setiap kali tiba PRU inilah salah satu modal yang paling banyak digunakan di Muadzam.borang tanah keluar bagai hujan turun dari langit kononnya ingin memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk memiliki sebidang tanah sendiri untuk pertanian dan sebagainya.Maka berbondong-bondonglah rakyat yang memang mengharap keprihatinan kerajaan ini mengisi borang tanah walaupun telah lali dengan taktik ini.Menjelang PRU 1999 contohnya bertambun batu pancang ditambunkan di tepi jalan memberi harapan palsu kepada rakyat.Begitu juga PRU 2004 dan 2008,cerita tanah masih kedengaran lagi dan sekali lagi rakyat teruja dengannya.

Mengapa susah sangat untuk memberi peluang kepada orang Melayu di sini untuk mendapatkan tanah sedangkan beratus-ratus hektar tanah boleh diberi kepada tauke-tauke besar untuk membuka ladang kelapa sawit di sekitar Rompin ini?Sedikit demi sedikit malah hampir kehabisan kawasan pertanian di Rompin ini yang di miliki oleh orang luar dan bukan Bumiputera
Mengapa ratusan hektar lebih mudah diluluskan berbanding 3 ekar yang diminta untuk bercucuk tanam?Inilah realiti yang dihadapi oleh rakyat di Muadazam dan Rompin sekarang.Pada siapa lagi yang hendak diharap untuk menjadi tempat mengadu jika YB sendiri gagal menolong pengundi sendiri?
`Lebih separuh penduduk di Muadzam ini adalah mereka yang bekerja dan makan gaji di sini.Ke manakah mereka akan pergi apabila bersara jika tidak ada tanah yang di sediakan untuk tinggal dan menjadi sumber penyambung rezeki?’
Dato’ Maznah Mazlan dan Dato’ Jamaluddin Jarjis yang telah beberapa penggal menjadi `Yang Berhormat’ di sini di harap dapat menjelaskan isu ini.