Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Penyerahan manfaat Takaful di Muadzam Shah

Hari ini 13 mei , Pas Kawasan Rompin menerusi YDP nya Ustaz Hj Shukri Hj Ahmad dan Setiausahanya saudara Ramli Awang Ahmat telah dengan sukacitaya menyampaikan manfaat Takaful di Desa Mawar , Muadzam Shah. Manfaat Takaful atas nama Allahyarham Shaari b Wahab ini disampaikan kepada balu Allahyarham , Puan Mahizan Muhamad di rumahnya.



Bayaran pendahuluan bagi manfaat ini sebanyak rm1000 itu dibayar secara tunai bagi meringankan keluarga pencarum menguruskan hal-hal pengebumian dan urusan jenazah.
Apa yang menariknya , sebenarnya caruman Allahyarham Shaari baru sahaja sehari dihantar mengikut waktu kerja. Hasil daripada kesungguhan pihak Pas Kawasan sejumlah manfaat Takaful berjaya dituntut walaupun usia carumannya hanyalah sehari.

Balu Allahyarham yang masih bersedih diatas pemergian suaminya itu turut mengucapkan terima kasih diatas usaha Pas Kawasan ini.

Setiausaha Pas Kawasan turut menyampaikan sumbangan



Sebenarnya Program Takaful Tabarruk berkelompok ini baru sahaja dilancarkan di seluruh Pahang. Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada seluruh rakyat di Pahang tanpa mengira pegangan politik . Antara pelan Takaful yang ditawarkan ialah Pelan Takful amal Jamaie, Pelan Takaful Warga Emas dan Pelan Takaful Al-Ansar. Caruman serendah RM 10 membolehkan pencarum menerusi warisnya menerima pendahuuan RM1000 pada hari kematian.

Pelan ini adalah anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang sebagai kesinambungan kepada program Dana Takwa yang bekerjasama dengan sebuah institusi kewangan.Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Pelan Takaful ini bolehlah berhubung terus dengan saudara Ramli Awang Ahmat ( Muadzam Shah ) di talian 013-9359800.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP