Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Mini-tamrin di Muadzam Shah

Semalam satu mini tamrin telah diadakan di Markas Pas Desa Teratai, Muadzam Shah.Tamrin anjuran Pas Cawangan Bandar Muadzam,Desa Teratai dan Pas Kawasan ini berjaya mengumpulkan lebih 50 orang peserta yang hadir dari seluruh cawangan dalam kawasan Rompin.


Khuysuk mendengar ucapan perasmian daripada ustaz Rahim


Mini Tamrin ini dirasmikan oleh Ustaz Abdul Rahim Latif ,Yang Dipetua Pas Kawasan Temerloh.Dalam ucapan perasmiann
ya beliau menekankan betapa pentingnya perjuangan Islam yang ada di dalam Pas dimantapkan.Hasil daripada pimpinan ulama sejak dari dahulu hingga sekarang Pas kini muncul sebagai sebuah parti alternatif bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.Ulama dan majlis Syura menjadikan Pas berbeza dengan parti politik kontemperari yang lain.Mereka inilah yang akan memandu pergerakan dakwah dan gerakerja politik Pas agar sentiasa selari dengan kehendak Islam.


Antara peserta


membentangkan resolusi dan kesimpulan


Menurutnya lagi antara rukun berjemaah yang mewajibkan setiap ahli wala’ kepada apa jua keputusan yang diputuskan oleh pimpinan menerusi Majlis Syura.Kita tidak sepatutnya mempertahankan pendapat yang bertentangan dan menyalahi kehendak parti dan Majlis Syura.Kita berpolitik kerana Allah dan mengharapkan keredhaannya sebagaiman wajibnya kita sembahyang,puasa zakat dan sebagainya.


Tamrin diteruskan dengan acara bengkel dalam kumpulan dan penglibatan peserta amat menggalakkan.Banyak resolusi dan kesimpulan berjaya dibuat dan ianya amat berguna bagi peserta memantapkan lagi akidah dan semangat perjuangan.


Qiamulail , solat tasbih dan sebagainya diadakan jam 430 pagi dipimpin oleh Ustaz Shukri Hj Ahmad yang juga Yang DiPertua Pas Kawasan Rompin. Beliau seterusnya memberikan kuliah subuh sebelum majlis bersurai jam 730 pagi seusai sarapan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP