Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Mat Rempit yang meragut atau peragut yang merempit?

Hari demi hari kes ragut dan rempitlah yang paling banyak menghiasi dada akhbar. Seakan sudah sinonim rempit dan ragut tak dapat dipisahkan. Maka berbondong-bondonglah cerdik-pandai berbincang bagaimanakah untuk mengatasi masalah mat Rempit yang kerjanya meragut ini.


Mat Rempitlah yang paling banyak dikaitkan dengan kes ragut kerana kebanyakan kes menggunakan motosikal! Sebenarnya istilah Mat Rempit inipun masih samar. Siapakah yang dimaksudkan dengan Mat Rempit? Adakah anak muda yang berpeleseran dan tidak berpelajaran yang kerjanya hanya mencari mangsa untuk di ragut? Ataupun golongan penagih yang mencari wang dengan cara mudah? , ataupun kaki-kaki lumba haram yang hanya mahu bermain motor dan tidak mahu bekerja?

Boleh dikatakan majoriti anak muda-belia sekarang sukakan aktiviti lasak mahupun permotoran. Kekadang mereka beramai-ramai berkonvoi dan menjalankan aktiviti sesama mereka , tapi mereka tidak boleh dan tidak adillah melabelkan anak-anak muda yang sukakan aktiviti ini sebagai Mat Rempit! Memang kadang-kadang ada di kalangan mereka yang terlebih over dalam aksi dan pemanduan mereka dan wajar di betulkan tapi sangat sedikit golongan yang sebegini yang sanggup melakukan kerja-kerja jahat seperti meragut dan sebagainya. Kita tidak boleh memandang serong kepada golongan muda seperti ini hanya kerana mereka suka berkawan dan menunggang motor.

Lebih baik kita mencari punca kes-kes ragut ini berlaku daripada kita menuding jari kepada Mat Rempit. Contohnya , Adakah kita ( baca kerajaan) telah menyediakan peluang pekerjaan yang cukup untuk menampung keperluan golongan muda yang sedang membina kehidupan berdikari mereka? Jika puluhan ribu lepasan Universiti masih menganggur apa yang terjadi dengan anak-anak muda yang kurang mendapat lulusan tinggi? Jumlah mereka ini ramai dan peluang pekerjaan hanyalah di kilang-kilang yang lebih gemar menggajikan buruh asing!

Begitu juga dengan didikan moral kepada masyarakat. Saban malam kita hanya dididik dengan hiburan yang melampau di kaca TV. Amat jarang slot-slot keagamaan yang mengisi slot rancangan TV dalam sehari. Hanya hiburan yang mendapat keutamaan sementara pengisian jiwa hanyalah menjadi tempelan. Lantaran terlalu obses untuk hidup berhibur dan senang–lenang jalan ragut dan jenayahlah yang menjadi pilihan singkat golongan yang tidak terdidik jiwa mereka dengan moral dan agama.

Banyak lagi sebab-sebab mengapa gejala ragut dan jenayah yang kian mendesak sekarang. Kita hanya memikirkan jalan penyelesaiannya bila ia berlaku tapi tidak menilai apakah punca-punca kes-kes yang sebegini mula kelihatan dalam masyarakat kita.
“Mencegah lebih baik dari mengubati.”

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP