Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

BN dilemma

Belum pernah terjadi dalam sejarah umno menimbangkan untuk menarik diri dalam sesuatu pilihanraya.Di zaman Presidennya yang sudah-sudah sama ada BN /umno berada dalam keadaan yang kuat ataupun lemah namun penyertaannya dalam pilihanraya tetap berlaku.Sekarang tatkala popularitinya merudum datang pula berbagai pilihanraya kecil satu demi satu.Inilah yang memeningkan prresiden baru mereka, Najib.


JIka pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang tidak boleh dijadikan referendum ke atas lantikan beliau sebagai presiden umno yang baru apakah alasannya untuk pilihanraya kali ini? Lantas mula timbul idea untuk tidak mengambil bahagian di dalam Pilihanraya kecil Penanti yang bakal berlangsung 31 mei demi menyelamatkan maruah mereka.


“Di telan mati emak, diluah mati bapak!” gambaran yang paling sesuai untuk mereka sekarang.Jika bertanding dan kalah bukankah itu hanya akan mendatangkan persepsi negatif terhadap kepimpinan Najib yang baru saja mengambil alih kuasa daripada Pak Lah? Sudah tentulah gambaran yang rakyat tidak berminat dengan kepimpinan Najib dan BN akan terserlah. Untuk tidak menyertai pilihanraya kecil ini pula hanya akan mendatangkan anggapan buruk yang umno dan BN sudah takut kepada mahkamah rakyat dalam menentukan kedudukan BN dalam kancah politik.


“Pilihan raya yang terlampau kerap hanya akan membazir wang rakyat” Berlindung disebalik slogan inilah mereka cuba melarikan diri daripada dihakimi rakyat. Berapakah kos yang ditanggung kerajaan dalam sesuatu pilihanraya kecil? Adakah ianya sepadan dengan kos pembinaan mahligai Seri Perdana di Putrajaya yang hanya menempatkan seorang pemimpin sahaja yang tiap kali pilihanraya akan merayu rakyat untuk segenggam kuasa?Atau terbanding ia dengan kos menyiapkan sebuah Politeknik di Muadzam shah yang telah beberapa kali terbengkalai dan menelan belanja ratusan juta ringgit?


Mereka menjadikan pembaziran wang rakyat sebagai alasan sedangkan pilihanraya kecil inilah medan yang amat baik untuk memulangkan mandat kepada rakyat.Perbelanjaan yang menelan kos jutaan ringgit untuk rakyat kebanyakan lebih baik daripada dibelanjakan untuk gaji dan elaun pemimpin yang mencecah jutaan ringgit sebulan tapi tidak mahu membela nasib rakyat.

Mereka sudah mula takut kepada bayang-bayang sendiri.Mereka maklum yang mood rakyat tidak berpihak kepada mereka.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP