Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Pesuruhjaya ke Rompin.

Semalam Isnin,Pesuruhjaya Pas Pahang Dato’ Tuan Brahin Tuan Man telah hadir ke majlis ceramah umum anjuran Pas Kawasan Rompin di Dun Muadzam.Ceramah yang diadakan di Markas baru Pas Cawangan Keratong 10 itu dihadiri oleh ramai penduduk Felda dan kawasan berhampiran.

Dalam ceramahnya PJ seperti biasa menjelaskan isu-isu antarabangsa,nasional dan setempat.Di peringkat antarabangsa menurutnya Pas mendahului mana-mana pihak dari Malaysia menyampaikan sumbangan untuk mangsa kezaliman Israel di Gaza baru-baru ini.Ratusan ribu ringgit yang disumbangkan pelbagai masyarakat disampaikannya sendiri ke tangan wakil Hamas(Kerajaan pemerintah Palestin yang sah) di sana.Menurutnya Pas tidak henti-henti menerima sumbangan daripada orang ramai yang lebih mempercayai parti Islam ini untuk mengutip dan menyampaikan sumbangan ke pihak yang benar-benar memerlukannya.

Dalam isu nasional beliau turut menyentuh isu dua exco Perak yang difahamkan telah menghantar surat perletakan jawatan kepada speaker Dewan Undangan Negeri.Beliau meminta para petugas parti agar bersiap sedia andai diadakan pilihanraya kecil di sana sedikit masa lagi.Para petugas yang rata-rata bersemangat walaupun agak keletihan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu menyambutnya dengan laungan takbir!

Dato’ Pesuruhjaya pada hari ini sebenarnya menghabiskan masa seharian di kawasan Rompin ini.Pada sebelah petangnya beliau menghadiri majlis jamuan teh Keratong dan menyampaikan kuliah Maghrib kemudiannya.

Kami Pemuda Muadzam mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau kepada rakyat di kawasan Rompin ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP