Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Konflik politik di Perak,bencana politik di Malaysia.

`Kusangka panas hingga ke petang,rupanya hujan ditengahari’.Begitulah gamaknya andaian ramai berkenaan iklim politik di negara kita.Bukan sahaja menjurus kepada keadaan politik semasa di Perak namun kepada iklim politik nasional khususnya.

Pak Lah walaupun disangka gagal dan lemah oleh sekutu dan seteru politiknya namun tidak dapat tidak beliau telah berjaya mengubah corak politik negara daripada gelap ala-jahiliah kepada satu keadaan di mana rakyat mula melihat politik sebagai satu medan yang sihat.Mereka mula seronok berpolitik dan menganggap politik yang sihat penting untuk kemajuan negara.Walaupun beliau (Pak Lah)tidak sehebat bekas presiden zaman peralihan di Indonesia, BJ Habibie tapi langkahnya ke arah itu.Kekangan dan kepungan pemikiran rakyat agar buta berpolitik mula dihapuskan.Bangsa Malaysia yang celik dan cerdik berpolitik mula menjelma di zamannya dan tidak mustahil jika Pak Lah berpeluang menerajui negara untuk beberapa ketika lagi politik Malaysia bakal menjadi lebih matang standing di Eropah dan Barat.

Di barat walaupun kita tidak bersetuju dengan sebahagian cara dan pendekatan mereka namun negara dan rakyat mereka berpolitik dalam keadaan yang `gentleman’.Tidak ada sekatan ke atas pembangkang sebaliknya diberi pula ruang untuk bergerak sebagai ejen `check and balance’ kepada kerajaan.

…namun bulan madu politik Malaysia seakan tidak berpanjangan.Awan mendung kian berarak menutupi sinar harapan yang menjadi idaman rakyat.Mutakhir ini kelihatan politik Malaysia mula mengundur ke belakang di teraju sang penguasa yang bakal beradu ditilam empuk Putrajaya.

Rakyat kebanyakan melihat dan tertanya-tanya apa betulkah caranya mereka ini mendapatkan kuasa di Perak di saat rakyat sudah mula menolak mereka di dalam PRU yang lalu?Apakah mereka masih belum memahami mesej yang jelas daripada rakyat atau sengaja mempamerkan ke`hebat’an mereka walaupun dengan cara yang curang dan serong?Apakah rakyat boleh menerima mereka lagi sebagai pemerintah sekurang-kurangnya di Perak?Itulah BN dan begitulah lazimnya mereka.

Jelas jika mereka benar-benar mementingkan kehendak dan kepentingan rakyat mereka tidak akan memilih jalan singkat ini untuk mendapatkan kuasa.Pilihanraya Negeri adalah jalan terbaik.Jika mereka menang dan mendapat mandat maka jelaslah rakyat telah mula memaafkan kegagalan pemerintahan mereka selama 50 tahun ini.Tapi jika mereka masih tewas maka eloklah dibubarkan pula Parlimen di seluruh negara kerana senarai kekalahan yang panjang mencerminkan rakyat sudah muak dengan politik yang kotor dan jijik tajaan mereka ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP