Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Bukit Selambau dan Bukit Gantang – Pakatan jangan over confident!

Biarpun track record dua pilihanraya kecil sebelum ini membuktikan rakyat secara total menolak BN namun pada pilihanraya kecil kali ini dijangka ianya tidak semudah itu..Bukan kerana sokongan rakyat yang berkurang tetapi barangkali helah BN yang bakal bertambah.Apakah kita sudah bersedia dengan strategi yang bijak selepas kejatuhan kerajaan rakyat di Perak?

Kita bimbang seandainya kemenangan demi kemenangan menjadikan barisan pimpinan dan petugas parti mengambil mudah tugasan kali ini apatah lagi kerusi ini telah menjadi milik PR dalam PRU yang lalu.Begitu juga dengan sentiment rakyat yang menyebelaghi PR.Berdasarkan keadaan politik semasa boleh memperdaya dan melekakan kita.

Harus diingat menjelang PRU Umum 2004 yang lalu kita berada dalam zon yang amat selesa kerana berjaya merampas Terengganu dan menambah kerusi di Parlimen namun disebabkan kelicikan BN kita dikejutkan dengan keputusan yang agak memalukan.Antara sebab musababnya ialah kerana over konfiden, kita hanya ghairah untuk melihat keputusannya ( yang disangkakan akan berpihak kepada kita ) tanpa melipat-gandakan strategi dan kerja parti.

Bukit Selambau dan Bukit Gantang sebenarnya tempat ujian sebenar kebijakan berpolitik dan strategi berbanding dua pilihanraya kecil sebelum ini.BN terdesak untuk wajib menang sebagai penanda aras kepada kepimpinan bakal PM yang baru ( agaknya jika berlaku perubahan pucuk pimpinan sudah tentu selepas PRK ini , jika sebelumnya ‘bonus’ untuk PR ).Sementara PR terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan gelombang kebangkitan dan kesedaran rakyat demi mendapatkan kuasa menjelang PRU ke 13 nanti.Oleh sebab itu tidak dinafikan pertembungan kali ini bakal menentukan siapakah bakal peneraju Putrajaya lima tahun akan datang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP