Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Seusai muktamar

Memilih sudah berdebatpun sudah.Apa-apa jua kemusykilan yang terpahat dibenak para perwakilan sepanjang setahun ke belakang telahpun jelas patutnya.Inilah indahnya bermuktamar dengan penuh rasa tanggung-jawab dan sayangkan parti serta perjuangan Islam.Jika parti lain seusai Pemilihan Agong maka bertebaranlah umpat-mengumpat , adu-domba, merajuk hati mahupun lari daripada perjuangan.

Itulah ghalibnya dan itulah selalunya…tapi fenomena itu tidak berlaku dalam Pas baik di alam nyata mahupun sembunyi-sembunyi.Itulah kesannya tarbiyyah yang diberikan oleh pimpinan dan para da’I untuk penggerak kepada perjuangan. Bagi orang luar jangan dipelik jangan dihairan dengan keistemewaan yang ada pada Pas ini. Jika kalian juga sanggup menerima Islam sebagai asas perjuangan dan akhirat sebagai tujuan untuk hidup maka kalian juga bisa merasai nikmat perjuangan ini.

Praktisnya?


Seribu idea dan lontaran yang dilemparkan oleh para perwakilan. Ada yang menjurus kepada untuk memperbaiki kelemahan dan ada jua saranan untuk penambah-baikkan perjalanan organisasi. Inilah yang kita harapkan daripada semua kalangan ahli.Jika Pas boleh mengeksperimenkan segala resolusi dan cadangan yang bernas ( semestinya yang berbetulan dengan dasar parti ) tidak mustahil sedikit masa lagi Pas lah yang akan mengungguli persada politik tanah air. Jika sekarangpun kita sudah diterima oleh kebanyakan rakyat hanya sedikit lonjakan yang bijak boleh menguburkan terus politik UMNO dan Barisan Nasional!.
Apa yang menjadi persoalan hangat selepas ini adalah sejauh manakah barisan kepimpinan yang baru dan para ahli berpadu tenaga bagi menjayakan segala keputusan dan kehendak muktamar? Adakah ianya bakal tinggal sebagai penyedap bicara ataupun terpinggir begitu sahaja. Apakah penyakit lama orang kita seperti suka bertangguh , tidak bersungguh dan mudah putus asa akan menghinggapi barisan kepimpinan baru Pas dan ahlinya? Sama-samalah kita lihat untuk setahun ke hadapan. Resepi yang baik jika tidak dimasak dengan sepenuh hati tidak akan terasa kelazatannya.

Tahniah

Kami daripada ahli diperingkat akar umbi megucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang dilantik ke jawatan yang tertentu. Perlu diingat jawatan ini bukan satu kelebihan atau keistemewaan sebaliknya akan dipersoal oleh ahli jika leka apatah lagi akan dipersoal oleh Allah di Padang Mahsyar kelak. Bagi mereka yang tewas atau tidak terpilih redho lah dengan kehendak Allah yang belum ingin menguji kalian dengan ujian yang lebih besar. Jauhkan dengan memberi kenyataan umum jika ada yang terbuku di dada kerana ianya akan menyuburkan fitnah kepada jemaah. Barangkali sedikit kepahitan itu lah yang menjadi penawar dalam kehidupan. Sekian.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP