Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Pemimpin juga perlu Wala’

Isu kerajaan Perpaduan semakin hangat walaupun sepatutnya sudah berakhir atau ditangguhkan. Kita tidak hairan jika hanya Najib dan geng-geng UMNO sahaja yang masih cuba untuk memancing Pas dan Pakatan Rakyat untuk terus berbicaranya. Biarkanlah mereka dan mereka tidak tertakluk kepada disiplin berjemaah Pas kerana mereka bukan ahli ataupun pimpinan Pas.

Sebagaimana yang diingatkan oleh Dato’ Mustafa Ali selaku Pengarah Pilihanraya Pas beliau mengingatkan ahli ( atau lebih tepat kepada pimpinan utama Pas ) agar isu bekerjasama dengan UMNO dan BN tidak perlu dihebohkan terutamanya menjelang pilihan raya kecil di Manik Urai. Berdasarkan kedudukannya sebagai Pengarah Pilihanraya sudah tentu beliau mempunyai alasan yang tertentu berkenaan ‘ saranan’ itu.

Kita di dalam jemaah Islam yang mewajibkan para anggotanya wala’ dan patuh kepada setiap arahan pimpinan selagi tidak kepada perkara maksiat dan mungkar!. Dan apa yang dicadangkan oleh Dato’ Mustafa ini wajarlah dituruti oleh seluruh ahli di Cawangan hinggalah ke seluruh pimpinan di peringkat tertinggi parti. Keutamaan kita sekarang ialah mengekalkan kemenangan di Manik Urai kerana ia boleh memberi impak yang besar kepada perjuangan Pas. Justeru tidak salah kiranya berdasarkan kepada keadaan ini setiap pimpinan yang terlibat dengan isu Kerajaan Perpaduan ini menutup mulut seketika demi memberi laluan yang selesa untuk Pilihanraya Kecil.

Ada benarnya tindakan Dato’ Mustafa ini kerana jika isu ini gagal ditangani dengan baik oleh Pas maka kesannya akan terlihat di Manik Urai. Oleh itu kita sekali lagi mengharapkan semua pimpinan utama menghormati adab berjemaah dan wala’ kepada arahan pimpinan walaupun pimpinan itu lebih rendah kedudukannya dalam organisasi berbanding kita!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP