Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Tok guru yakin Pas menang…InsyaAllah!

Semangat orang lama itulah yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am Pas apabila menzahirkan keyakinannya terhadap kebarangkalian Pas boleh memenangi kerusi rebutan di Parlimen Kuala Terengganu.Inilah semangat pejuang yang tidak kenal erti putus asa dan tidak prejudis.

Di saat Pas bakal menghadapi ujian yang agak getir dengan pertarungan yang dijangka sengit beliau sentiasa saja berpandangan positif.Inilah semangat yang perlu diteladani oleh anak-anak muda Pas dan petugas parti.Usaha dan ikhtiar itu perlu seratus-peratus sementara menang atau tewas itu sudah lumrah ujian Ilahi.

Dijangkakan para petugas pilihanraya daripada kedua-dua parti(PR dan BN) akan mula membanjiri Kuala Terengganu sedari awal Januari lagi.Di ramalkan juga rakyat Terengganu bakal mendapat durian runtuh seperti ditempat-tempat yang pernah menghadapi pilihanraya kecil dahulu.Baik daripada untung mereka berniaga semasa pilihanraya mahupun projek-projek segera yang bakal diumumkan nanti.(kenape…tak percaye?)

Pas yang sudah matang dengan permainan politik pilihanraya kecil tidak tertekan sama-sekali dengan taktik-taktik usang yang bakal dipersembahkan lawan.Bagilah jalanraya bertar sampai ke depan pintu atau atap zink dua tiga keping bagi menggantikan atap bocor namun `kecelikan’ mata rakyat terhadap kelemahan kerajaan BN tetap menjadi penentu.Kita yakin rakyat lebih bijak menilai yang mana intan yang mana kaca!

Kepada Pas negeri Terengganu tahniah kami ucapkan kerana mendapat peluang kedua untuk menambat hati rakyat di Kuala Terengganu khususnya.Jika kita mempunyai gerakerja yang mantap dan tersusun tidak mustahil kerusi ini bakal menjadi milik kita.Perkuatkan semangat dan ukhwah sesama da’i dan susunlah para petugas yang bakal datang dari luar Terengganu sebaik mungkin…kita tidak ingin seperti yang lepas-lepas di Pilihanraya kecil para petugas luar lebih banyak `makan angin’ kerana tidak diberikan tugasan yang tersusun!.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP