Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Kerana ada pangkat!?

Muhyidin Yasin menyarankan supaya langkah yang lebih proaktif diambil bagi menyediakan tempat tinggal mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa.Dicadangkannya agar mangsa-mangsa ini ditempatkan di hotel dan tempat lain yang lebih sesuai supaya mangsa tidak perlu berfikir untuk mencari tempat tinggal sementara dengan kos ditanggung oleh kerajaan.Mungkin mereka yang terdiri daripada orang-orang elit yang bergelar Dato’ berada disekelilingnya menyebabkannya tergamak mencadangkan idea yang sebegini.

Pada dasarnya kita sememang bersetuju supaya bantuan dapat diberikan kepada mangsa tanah runtuh ini, namun apa yang disarankan oleh Muhyidin merupakan sikap double standart pemimpin BN terhadap mangsa bencana alam. Laporan media juga telah memaparkan bagaimana ada hotel yang sanggup sponser makanan kepada mangsa dan petugas.

Adakah situasi ini juga ditawarkan kepada mangsa seandainya banjir berlaku di Bukit Ibam?

Adakah mereka yang terdiri daripada golongan elit dan pertengahan tidak betah tinggal sementara di Surau-surau,Balairaya,Sekolah dan sebagainya seperti yang kebiasaan dilakukan kepada mangsa-mangsa bencana alam yang lain? Atau mereka ini tidak memerlukan petempatan sementara kerana barangkali kebanyakan mereka mempunyai lebih daripada sebiji rumah?Surau,masjid atau sekolah tidak ada katil dengan tilam empuk untuk mereka beradu,tambahan pula dengan suasana riuh rendah tawa hilai kanak-kanak, membuatkan mereka barangkali akan merasai ketidakselesaanya merasai susah payah kehidupan seorang miskin yang tidur beralaskan mengkuang dan makan sekadar apa yang ada.

Ada juga kedengaran suara-suara yang mengatakan oleh kerana mereka membayar cukai yang banyak kepada kerajaan maka mereka harus dilayan dengan baik. Persoalannya, bila mana sesaorang itu membayar cukai yang banyak kepada Negara maka layaklah mereka dilayan dengan baik seperti menyediakan hotel sebagai penginapan, penyediaan makanan pula oleh catering dari hotel dan dijauhkan dari merasai detik-detik kesukaran sebagaimana manusia yang lain?

Nampak sangat sikap double standart kerajaan terhadap orang yang mempunyai gelaran, yang ada pangkat dengan petani , pekebun, peneroka dan nelayan yang masing-masing juga sekarang sedang berhadapan dengan situasi banjir yang memerlukan perpindahan, tempat tinggal, mengapa tidak terfikir untuk menempatkan mereka di hotel dan menyediakan makanan yang bertaraf hotel.

Apakah petani , nelayan tidak menyumbang kepada pembangunan negara? Padahal mereka juga membayar cukai kepada kerajaan, walaupun jumlah cukai yang sedikit dibayar oleh petani tetapi jumlah mereka ramai, mungkin cukai yang dikutip dari mereka melebihi dari cukai yang dibayar oleh beberapa orang yang cuba dilayan dengan baik sebagaimana saranan Muhyidin.

Muhyidin mantan menteri Pertanian mungkin lebih arif tentang kehidupan dan masalah yang dihadapi petani, penternak, peneroka dan nelayan… dan janganlah pula bila dan bertukar kementerian telah melupai masyarakat bawahan yang berpendapatan rendah yang memerlukan pertolongan apatah lagi mereka jugalah antara yang menjadi penyumbang utama kemenangan kepada Barisan Nasional dalam setiap kali pilihanraya.

Apakah mereka tidak layak dilayan setaraf dengan VIP yang lain?Atau kita sememangnya mempunyai dua mekanisma yang berbeza dalam menyantuni rakyat yang ditimpa musibah?

1 comments:

ABE JO HIJA December 9, 2008 at 7:34 PM  

Ni lah antara 2 darjat di malaysia!!!
kalu orang marain @ setingan dihalau walaupun dah puluhan tahun menetap....jika musibah Allah bagi kat orang kaya seluruh negara kecoh, orang miskin kedana sapalah nak pandang...ni la negara ku yg dicintai..

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP