Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Hebatnya cuti ke luar negara!

Perdana Menteri Datuk Najib akhirnya bercuti. Barangkali pening kepala dengan cadangan sahabatnya dari negeri Melaka yang ingin mewujudkan sekolah remaja mengandung ataupun sudah kekeringan idea berhubung isu perpaduaan Melayu yang gagal meraih popuiariti umno sebagai jaguh pejuang bangsa.

Eloklah bercuti. Tapi malangnya lokasi yang dipilih ialah ke luar negara. Apakah yang hebat dan mendamaikan di luar negara berbanding lokasi percutian di dalam negara kita? Jika ingin melihat kehebatan senibina pergi sahaja ke KLCC , litar Sepang , masjid kristal Terengganu ataupun Politeknik di Muadzam Shah ,Pahang yang membuktikan ke’hebat’an pembangunan bisa saja di capai jika ongkosnya di tanggung rakyat!

Apa kurangnya Pulau Redang , Pulau Tioman ataupun Taman Negara jika ingin bersantai mencari kedamaian. Sekurang-kurangnya boleh melihat kedhaifan hidup rakyat yang dipimpinnya. Paling tidak berziarahlah ke Lubuk Yu di Maran bagi meninjau keselamatannya seperti yang di buat oleh Perdana Menteri Singapura yang sanggup meminum air rawatan kumbahan sebagai jaminan keselamatan untuk rakyatnya.

Berapakah kos yang ditanggung kerajaan Malaysia untuk membiayai percutian ini? 40 ribu? 50 ribu? Atau ratusan ribu?. Dengan kenaikan 5 sen Petrol negara dapat menjimatkan RM750 juta setahun barangkali berapa jutakah yang dapat dijimatkan dengan pemotongan elaun percutian menteri dan ahli parlimen setahun?

Di saat rakyat jelata berjimat dan pening kepala untuk mengurus pendapatan bulanan yang ciput pemimpin kita betah bercuti dan berbelanja di serata dunia. Pencapaian diutamakan ,Rakyat didahulukan???

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP