Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Perjuangan Kebangsaan gagal - Presiden PAS

Khairul Azlam Mohammad

KUALA TERENGGANU, 10 Jan (Hrkh)- "Ada pun, kumpulan Kebangsaan Arab yang berdiri di atas bangsa, yang berjuang di atas tanahair gagal meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat, gagal untuk menjatuhkan kumpulan Islam."

Umat Islam di negara ini diingatkan agar bersama-sama dengan kumpulan yang benar-benar memperjuangkan agama Islam. Ini kerana, pertarungan yang berlaku terutama di bumi Palestin hari ini adalah antara kebenaran Islam dan kebatilan jahiliah.

Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pertarungan yang berlaku di Palestin hari ini antara kumpulan Hamas dengan kumpulan Arab Palestin.

"Pertarungan yang berlaku di Palestin hari ini ialah di antara kumpulan Hamas yang menegakkan Islam, yang menegakkan syariat Allah SWT dengan kumpulan Arab Palestin yang bermuafakat dan bersama-sama mahu menjatuhkan kumpulan yang menegakkan Islam (Hamas).

"Ada pun, kumpulan Kebangsaan Arab yang berdiri di atas bangsa, yang berjuang di atas tanahair gagal meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat, gagal untuk menjatuhkan kumpulan Islam," tegasnya ketika menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Batu Burok, Kuala Terengganu, dekat sini.

Menurutnya, kejatuhan bumi Palestin adalah berpunca dari kelalaian umat Islam sendiri yang meninggalkan ajaran Islam. Namun begitu, kata Ustaz Abdul Hadi ajaran Islam tidak dapat dihapuskan kerana akan bangkit satu golongan dari kalangan umat Islam yang mempertahankannya.

"Wujudnya, negara Haram Israel itu adalah perancangan dari musuh-musuh Islam dengan pertolongan kuasa-kuasa besar dunia dan bumi 'ambia' di Palestin dirampas oleh mereka (Israel).

"Kejatuhan bumi Palestin adalah berpunca dari umat Islam meninggalkan ajaran Islam tetapi ajaran Islam tidak dapat dihapuskan kerana akan bangkit umat Islam yang mempertahankannya.

"Bangkinya, golongan Hamas adalah kerana janji Allah SWT dan janji Rasulullah s.a.w walau pun mereka bermandi darah dan bumi Palestin di Gaza 'bermandi' darah tetapi perjuangan Islam tidak boleh dihapuskan," jelasnya.

Katanya, perjuangan di atas dasar kebangsaan tidak boleh menyelamatkan aqidah umat Islam termasuk tanahair dan bangsa itu sendiri. Menurutnya, Islam merupakan penyelamat kepada bangsa, agama dan tanahair dari anasir-anasir musuh yang mengancamnya. - azm _

sumber:harakahdaily

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP