Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Jadi Duta atau jadi Ahli Parlimen?


Jika ente jadi Duta…
Duduknya di Amerika…
Jauh dari Malaysia…
amanah rakyat di Rompin macam mane???


Read more...

Jangan memandang rendah selsema babi

Kita barangkali boleh memandang remeh pada babi..tapi jangan memandang rendah pada Selsema Babi @ H1N1. Tok jib sendiri sudah menasihati sekalian rakyat agar tidak perlu tampil ke tempat-tempat awam jika tidak ada kepentingan mustahak.


Belum ada tanda-tanda wabak berbahaya ini akan dapat diatasi dalam masa terdekat. Hanya langkah berjaga-jaga yang mampu dilaksanakan sekarang.

Nasihat kami kepada pengunjung blog Pemudamuadzamshah berhati-hatilah membawa diri baik di Pasar Malam , Pekan Sehari , Pasar Tani atau di Majlis-majlis Perkahwinan.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati.”

Read more...

`Selesaikan isu arak di Selangor dengan bijak!`

Syabas Pas Selangor yang mengambil langkah yang bijak dalam mengekang penjualan arak yang berleluasa di Selangor. Langkah ini walaupun agak terlewat namun ianya mencerminkan kesungguhan Pas untuk menjaga kemaslahatan ummah dan rakyat jelata.


Isu penjualan arak ini bukanlah isu besar yang boleh mengeruhkan kesatu-paduan PR. Tidak berbaloi kiranya ada pihak yang langsung tidak boleh bertolak ansur dalam mengawal penjualan bahan yang memabuk dan merosakkan kesihatan ini. Kita ingin rakyat kita selamat dan sihat dalam apa jua keadaanpun. Jika tidak manakan timbul slogan “ Don’t drink and drive…..” yang masyhur itu.


Lagipun apa yang diperjuangkan oleh Pas Selangor ini hanyalah penjualan yang terlampau bebas hinggakan boleh di ‘access’ oleh umat Islam yang terlalai seketika. Bagi rakyat di Selangor bersabar dan berilah sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada kerja-kerja amar makruf- nahi mungkar ini. Masalah ummah tidak akan selesai jika kita asyik mengkritik golongan yang ingin membuat kebaikan padahal kita seakan tidak nampak kesilapan yang telah dibuat oleh pemerintah terdahulu sejak puluhan tahun.

‘Kalian beruntung mendapat peluang ini dan gunakanlah peluang ini untuk membuat perubahan.’

Read more...

Futsal Jubli Perak

Read more...

SUARA RAKYAT PERLU DIDENGAR, BUKAN UNTUK DIPEKAK KAN!


Mengapa dimarahkan rakyat yang ingin bersuara ?

Oh Malaysiaku…!
Di dadamu ada anak bangsa yang menderita,
Kerana desakan dan himpit sang penguasa yang gila kuasa,
Tidak ada lagi ruang untuk bersuara,
Merekapun turun ke jalanraya.!


I.S.A…!

Untung Kau ada pembela,
Walau diumpat keji…namun kau tetap dibela,
Tidak seperti sekujur jasad yang kaupenjara,
Merenung nasib tanpa bicara…!





Video copy paste jer!

Read more...

Jubli Perak Pas Kawasan Rompin.

Alhamdulillah.....Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Merencana Atas Tiap-tiap sesuatu...dan dengan izinNya lah Karnival Jubli Perak Pas Rompin telah berjaya diadakan. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 sehingga 26 Julai itu memberikan kemenangan moral yang amat besar bagi penggerak dan ahli pas di Kawasan Rompin ini.


Menurut Yang DiPertua Pas Kawasan Ustaz Hj Shukri Hj Ahmad beliau menganggap dengan penganjuran karnival ini Pas Rompin yang mencapai usia 25 tahun telah matang dan bersedia menghadapi perit ranjau dalam perjuangan menegakkan Islam dan menjaga kebajikan rakyat. " Dengan sokongan yang amat menggalakkan daripada rakyat dari seluruh pelusuk Rompin mencermainkan Pas amat 'diminati' oleh rakyat dan tidak mustahil sedikit masa lagi Pas akan menggantikan Barisan Nasional di sini."

Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Felda dan pihak keselamatan serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Gambar menarik sekitar program :


Futsal untuk golongan muda...28 pasukan beb!


posing dulu jap!


Urusetia futsal


Rasa cam nak main jer...!


Kanak-kanak PASTI pun ada acaranya...!


Dam Ular Gergasi!


Antara Gubahan dalam cara untuk Muslimat



Tarik Tali Pakatan Rakyat....PAS FOR ALL




'Singa' Pakatan Rakyat.!









Read more...

PROGRAM TERDEKAT...Datanglah beramai-ramai.


Read more...

Tahniah kepada penduduk Manik Urai

Dengan kemenangan tipis Pas di Manik urai membuktikan bahawa perjuangan Islam itu walaupun diasak dari segenap sudut namun tetap dipertahankan oleh Allah. Jika dibandingkan Pas (PR) yang serba kekurangan berdepan dengan segala kekanganpun masih mampu mengekalkan kemenangan apatah-lagi jika berlawan di atas padang yang rata.


Syabas penduduk Manik Urai yang memilih politik bijak dan matang daripada politik kampung era lama. Kepada petugas Pas dan PR janganlaj kalian bersedih hati dengan kekurangan majority yang kita dapat. Anggaplah ini sebagai perangsang kepada kita agar bekerja lebih kuat untuk rakyat di masa yang akan datang.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP