Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor : Sudahkah PR mengambil pengajaran?

Pilihanraya kecil Hulu Selangor hanya sepelaung sahaja lagi. Dalam kekecohan BN mencari calon apakah Pakatan Rakyat telah mengambil pengajaran daripada peristiwa lompat parti dan masalah disiplin baru-baru ini?

Jika memilih nama besar dan pengaruh tanpa menilai latar belakang calon dengan lebih teliti hanya akan mengundang padah kepada PR sendiri.

Dasar dan halatuju perjuangan rakyat mestilah difahami dan calon mestilah mempunyai peribadi yang boleh dipercayai tanpa ada niat seleweng di belakang hari.

Kami barisan pemuda menaruh kepercayaan penuh kepada pucuk pimpinan parti dan sekretariat PR dalam mendepani pilihanraya kecil ini.

Read more...

Juara roboh rumah rakyat!






Semakin hari semakin 1 Malaysia menyimpang dari pengisiannya sendiri. Paling tragis adalah rumah rakyat yang telah mendiami sesebuah kampung selama puluhan tahun dirobohkan atas pelbagai alasan yang boleh direkacipta.

Di Pekan dan di Johor ( kedua-duanya kubu umno nombor 1 ) menyaksikan atap dan dinding rumah rakyat marhain musnah tunduk ke bumi. Sebabnya? Tanah haram? , Tanah kerajaan? , tujuan pembangunan?

Setinggan atau haram, mereka tetap rakyat Malaysia. Mempunyai hak yang sama di sisi perlembagaan cuma kesenangan hidup tidak memihak kepada mereka.

Sedarkah si penguasa meruntuhkan rumah rakyat itu umpama menghancur-luluhkan hati dan jiwa yang telah sekian lama mengharap tempat untuk berteduh. Tidak ada rumah banglo atau kondominium yang di roboh. Yang ada cuma rumah papan yang buruk dan dhaif milik rakyat miskin yang tidak punya pengaruh.

Menjelang pilihanraya rakyatlah raja , dirayu janji demi memancing undi. Setelah selesa ditampuk kuasa berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan nasib rakyat. Inilah wajah sebenar pemimpin yang kononnya membela rakyat!!

Read more...

PENGUMUMAN

Datanglah beramai-ramai

Ahli Pas sila hadir

Orang atas pagar perlu hadir

Ahli umno jemput hadir

Read more...

Pemberitahu!

Read more...

Mansuh Caj Wad : Apa cerita rakyat kebanyakan?

Usaha kerajaan memansuhkan caj wad untuk kakitangan kerajaan yang telah bersara di lihat satu langkah yang baik. Walaupun agak terlambat namun golongan pesara bolehlah menarik nafas lega dengan perkembangan ini.

Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa digredkan tahap keselesaan pesara yang ingin mendapatkan rawatan ini? Daripada bertugas sebagai penjawat awam sehingga bersara terus mereka dipisahkan oleh ‘gred’ yang tertentu. Ramai tertanya-tanya apakah pegawai tinggi mendapat layanan dan penjagaan yang lebih sempurna berbanding angota berpangkat rendah?
Sakit sama sakit , dan sama-sama pernah mencurah bakti kepada negara jadi mengapa mesti dikelaskan kelayakan wad dan layanan daripada kerajaan?

Sepatutnya jika kerajaan ikhlas dan prihatin kepada bekas pekerjanya kesemuanya seharusnya mendapat layanan yang sama-rata. Jika terpaksa bersesak dan berkongsi katil ,berkongsilah. Agar kita sama-sama merasa erti hidup yang sebenar tanpa ada perbezaan pangkat atau gred! Lucu jika dikatakan Satu Malaysia tapi wad untuk rawatan hospitalpun digredkan!

Respon dari orang awam juga agak menarik. Mereka juga mengharapkan layanan yang serupa daripada kerajaan. Petani , Peneroka , Nelayan dan buruh am juga memberikan input yang sangat besar kepada kemajuan negara. Beras , Ikan , Sayur dan alatan yang boleh didapati dengan mudah. Dari manakah agaknya barang-barangan itu datang jika tidak dengan titik-peluh golongan yang seakan terpinggir ini?

Dengan kenaikkan majoriti harga barangan asas dan keperluan untuk hidup dimanakah lagi mereka ini boleh mendapatkan pendapatan tambahan jika ingin mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih baik?

Dalam manifesto pilihanraya umum yang lalu Pas dan Pakatan Rakyat bertegas untuk memberikan kemudahan rawatan percuma kepada semua rakyat seandai dipilih menerajui kerajaan. Namun waktu itu ramai yang mempertikaikan kewajaran langkah itu. Tapi sekarang di saat kehidupan makin tersepit dengan segala tuntutan kewangan dan material barulah rakyat terfikir betapa satu undi itu boleh mempengaruhi kehidupan.

Kita fikir amat wajar jika kerajaan memperluaskan lagi pemansuhan caj wad ini kepada semua rakyat. Semuanya memberikan sumbangan kepada negara dan bukan hanya golongan yang tertentu sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga jasa yang bakal ditinggalkan oleh Dato’ Najib jika langkah ini dilaksanakan.




Read more...

Kami bersamamu , Mazlan Aliman.

Mendengar khabar penahanan Saudara Mazlan Aliman selaku Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) benar-benar mengejutkan banyak pihak terutamanya mereka yang mengenalinya dan golongan peneroka.


Terkenal sebagai seorang yang benar-benar berkomitmen tinggi dalam menggalas tugasan yang di amanahkan oleh Pas Pusat terutamanya dalam membela nasib peneroka dan generasi kedua Felda. Sebut sahaja Mazlan Aliman, peneroka mana yang tidak mengenali kesungguhan perjuangan anak muda ini dalam cuba merubah nasib kebanyakan peneroka seluruh negara yang semakin tertekan dengan sistem pengurusan yang ada.

Beliau juga merupakan seorang anak kepada peneroka Felda justeru bukanlah asing kepadanya permasalahan dan rutin kehidupan seorang peneroka. Hidupnya kini barangkali banyak dihabiskan dihalaman rumah rakyat berbanding dengan rumahnya sendiri. Itulah komitmen terpuji yang telah ditunjukkan oleh beliau sehingga kini.

Justeru itulah kami di sini sentiasa mendoakan keselamatan dan kemudahan dalam apa jua urusan beliau. Semoga penahanan ini tidak membantutkan langkah perjuangan sebaliknya menjadi tarbiyyah kepada beliau yang mana dalam membela nasib rakyat tidak ada jalan pintas dan mudah melainkan terpaksa menempuh pelbagai ujian dan cemuhan dari pihak yang tidak senang hati dengan kebenaran!.

Teruskan perjuangan saudara kami Mazlan Aliman!!!

Read more...

Dunia punya cerita!

Aset campur tunai hanya kurang-lebih 3 juta. Berapa jumlah harta pemimpin di Malaysia agaknya? Jika Menteri Besar boleh memiliki rumah puluhan juta berapakah aset Perdana Menteri dan ahli kabinet?


Mengapa tidak dimudahkan sesuatu kebaikan? Sedangkan kerosakan di atas muka-bumi ini lebih besar akibat manusia yang tidak di tarbiyyah.


Ku Li perlu belajar politik dengan anak muda umno?



Wow! Siddiq , Amanah , Tabligh , fatonah! Cuma jangan sekadar pemanis bicara dan penyedap kata!



Hasil slogan kosong pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan!




Hafal bait-bait lagu boleh menjadi durian runtuh! Siapa pulakah yang sanggup menaja Hafiz 30 juzuk Quran dengan hadiah saguhati 1 juta?? Melihat senarai jutawan di Malayisa kelihatan tidak kalah mereka yang berbangsa Melayu dan Islam!



Dunia terkejut! Tapi kita di Malaysia dah lama terkejut dengan seorang pemimpin negeri bawa duit berjuta ke luar negara!Timbang kilo!



gambar bersumber dari akhbar tempatan.



Read more...

UMNO berpolitik di sekolah?

Rompin 4 Mac – Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah di sini menjadi medan umno untuk menyebarkan fahaman politik mereka. Mesyuarat Agung yang di adakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Keratong 10 itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rompin dan bukanlah oleh ADUN atau wakil dari Pejabat Pendidikan seperti kebiasaan.


Lebih menarik lagi dalam ucapan alu-aluan sebelum perasmian seorang pimpinan persatuan mengalu-alukan kehadiran Dato’ Hassan bin Ariffin dengan mendoakan agar Dato’ Hassan menang mewakili umno dalam pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang. Ini bukti jelas umno menggunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk meraih sokongan politik walaupun melalui institusi pendidikan.

Seorang bapa yang enggan di kenali menjelaskan bahawa beliau di jemput oleh pihak Sekolah untuk bermesyuarat berkaitan kemajuan dan pembelajaran anak-anak dan tidak menyangka rupanya ia menjadi agenda politik pihak tertentu untuk menyebarkan pengaruh.

“ Saya benar-benar terkilan dengan pihak penganjur yang seakan membiarkan perkara ini berlaku. Jika di Sekolahpun kita asyik berpolitik apakah kita ada masa untuk membincangkan kemajuan pelajaran anak-anak? Lagipun Dato’ Hassan sekarang bukanlah seorang Yang Berhormat atau wakil kerajaan” ujarnya.” Jika selama ini umno menempelak pelajar yang cenderung kepada pembangkang sekarang umno bukan sahaja menggunakan kesempatan ke atas pelajaran anak-anak malah ibu-bapa mereka sekali” tambahnya lagi.

Yang DiPertua Pas Rompin , Ustaz Haji Shukri bin Haji Ahmad yang ditemui turut melahirkan kekesalan atas tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak ini. “ Ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Sekolah ialah tempat pembelajaran anak-anak sementara PIBG adalah kelompok yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk iklim yang sihat dan pemangkin kepada kemajuan pelajaran anak-anak dan jika ianya terpengaruh dengan agenda politik sempit nescaya akan berlaku kekeliruan fokus seterusnya menjejaskan usaha untuk melahirkan generasi cemerlang.” Katanya.

Beliau juga menyeru agar pihak Pejabat Pendidikan Daerah serta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan serius terhadap perkara ini. “ Kami dari parti Pas tidak akan sesekali membenarkan masa depan anak-anak dipolitikkan oleh mereka yang berkepentingan apatah lagi oleh mereka yang sepatutnya menjadi pendorong kepada kemajuan anak-anak di Sekolah.Jika ingin berpolitik pergilah ke tempat yang sepatutnya dan bukan di sekolah. Saya menyeru kepada Menteri Pendidikan, Dato’ Muhyiddin Yassin agar mengambil tindakan dan berlaku adil dalam perkara ini agar tidak berulang lagi di mana-mana sekolah selepas ini.” Katanya lagi.

Mesyuarat agung tersebut turut dihadiri oleh puluhan ibu-bapa termasuk guru dari sekolah tersebut

Read more...

Pakatan Rakyat perlu fokus

Berita beberapa Ahli Parlimen dari rakan gabungan Pakatan Rakyat sedikit sebanyak mencetuskan satu isu baru dalam negara. Sama ada ianya memang di atur sedemikian oleh pihak-pihak tertentu atau secara kebetulan sukar untuk dibuktikan.

` Kebetulan’ nya pula negara bakal berhadapan dengan pilihanraya DUN di Sabah dan Sarawak dalam masa-masa terdekat!

Pada congak rakyat di kedai kopi barangkali berlaku sedikit pertikaian dan perbezaan pendapat mengapa perkara ini berlaku. Adakah benar Pakatan Rakyat semakin goyah dan hilang arah tuju? Jika menunggu jawapan daripada akhbar arus perdana memang apa yang mereka sangkakan. Tapi apabila melihat satu demi satu sidang akhbar keluar parti diadakan rakyat mula memikir. Seakan ada satu plot atau jalan cerita berkenaan agenda ini yang diatur pihak tertentu yang mana motifnya untuk menjatuhkan air muka Pakatan Rakyat! Membuatkan pimpinan PR hilang fokus kepada pemerintahan seterusnya menggagalkan usaha memajukan negeri dan rakyat.

Justeru bagi mereka yang bijak menilai isu perkara begini bukanlah sesuatu yang perlu diberi `markah’ untuk penilaian. Berdepan dengan asakan yang hebat dan kotor dari seluruh jentera lawan barangkali mengakibatkan kebocoran di beberapa kubu yang tidak mampu bertahan. Bagi mereka yang tegar dan berprinsip sahaja yang akan tegak berdiri mempertahankan prinsip perjuangan!

Oleh itu adalah lebih baik kita memperkukuh dan memperbaiki mutu perkhidmatan kita kepada rakyat daripada melayan kerenah mereka yang tidak berprinsip ini.Cerita ini tidak akan selesai jika nampak kita terkesan kerananya. Biarlah rakyat yang menilai segalanya dan tidak perlu membela diri secara berlebihan sehingga meninggalkan tanggungjawab utama kepada parti dan rakyat.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP