Rakyat Sibu tolak judi bola!
Keputusan by-election di sibu seakan memberi mesej kepada BN bahawa mereka menolak keras sebarang unsur perjudian dalam urusan kerajaan mahupun bidang sukan.BN harus melihat tindakan penolakan ini sebagai satu bentuk muhasabah kepada mereka yang berbuat sesuatu keputusan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan rakyat kebanyakan. Untuk siapakah judi bola jika semua agama melarang penganutnya berjudi?
Nampaknya para mufti perlu bekerja keras dalam memahamkan perkara ini kepada pemimpin negara.
Apapun , keputusan di Sibu menerbitkan sinar cerah bagi Pakatan Rakyat di sana. Walaupun kemenangan ini atas tiket DAP namun di fahamkan Pas mula mendapat tempat di sana. Majoriti kaum kaum Melayu , Cina dan Iban tidak segan silu menyatakan sokongan mereka kepada parti pas. Bendera pas berkibaran di merata tempat di premis dan kediaman bukan melayu. Itulah petanda bahawa kemenangan di pihak yang benar semakin hampir dan kebatilan semakin lenyap akibat tangan-tangan mereka sendiri.
Syabas rakyat Sibu!!!
Lesen judi : jelaskan mentaliti pemimpin BN
Dengan pertikaian di antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam isu meluluskan lesen perjudian sempena bolasepak Piala Dunia jelas mencerminkan corak pemikiran masing-masing. Apakah sebenarnya helah di sebalik judi bola ini? Setelah sekian lama masalah judi berleluasa kini seakan ada jalan untuk menyelesaikannya. Jalan singkat dan mudah. Tapi berdosa!. Dan siapakah yang mendapat keuntungan daripada penghalalan ini?Dalam pada kekangan kepada umat Islam berjudi sekarang longgar dan ala kadar apatah lagi agaknya dengan judi baru ini pula. Lihat dan intai di premis nombor ramalan dan pusat judi komputer atau kuda haram , sebahagian yang terlibat ialah melayu Islam.
DAP sendiri membantah keras cadangan tidak bertamadun ini. Ini menggalakkan rakyat berjudi kata mereka. Dan alasan mereka ini ada benarnya jika kerajaan memandang judi ini sebahagian daripada cara untuk menjana ekonomi. Penyudahnya rakyat akan berjudi nasib setiap hari untuk mencari wang mudah.
Sementara itu Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini. Mengelakkan penipuan dan monopoli kongsi gelap , katanya. Di Malaysia masih ada kongsi gelap? Apakah di zaman moden satu malaysia dan pasukan keselamatan yang cekap ini masih ada kongsi gelap seperti mafia Al-capone atau gangster seperti dalam filem Hong kong?
Jika benar dakwaannya ini PDRM perlu memberikan penjelasan mengapa kongsi gelap ini masih bebas bermaharajalela menjalankan perniagaan haram.
Jelas kerajaan pimpinan Najib hanya melihat meng`halal’kan judi bola seakan penyelesai masalah judi haram. Barangkali formula ini boleh dilebarkan dalam `menyelesaikan’ permasalahan sindiket haram lain.
Arak dan Judi : keduanya haram!
Untuk menghapuskan judi haram maka di beri judi ‘halal’. Barangkali sedikit masa lagi untuk menghapuskan perzinaan dan pelacuran maka ada pulak cara ‘halal’ yang tidak menyalahi peraturan rekaan manusia walaupun jelas melanggar peraturan Allah.
Apa agaknya kata mufti dan majlis fatwa berkenaan perkembangan ini.
Rakyat di Sibu perlu melihat bahawa Judi dan arak adalah perkara yang dikeji Allah. Kedua-dua pelakunya jika tidak bertaubat maka neraka lah tempatnya. Dan menyokong kepada pihak yang melakukan kemungkaran itu seolah-olah kita sendiri yang melakukannya. Wa iya zubillah.
Tolak BN sejauh-jauhnya!!

Minum arak? Kamala apa cerita?
Begitu seronok media mengungkitkan dosa-dosa silam yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim.Ianya satu kesalahan besar namun kenyataan beliau yang menyatakan telah bartaubat seakan membuka lembaran baru dalam hidupnya. Harapnya biarlah terlindung beliau dan seisi ummah dari pintu segala maksiat itu.Dalam keriuhan akhbar dan tv memainkan isu Zaid dan arak sedarkah mereka untuk menilai calon BN juga? Adakah beliau juga seorang peminum arak? atau pernah meminum arak? Jika minum sudahkah beliau 'bertaubat' kerana kaki minum yang tidak meninggalkan perbuatan keji tersebut tidak layak langsung untuk dipertimbangkan sebagai pemimpin. Kemudian cuba kita lebarkakan sedikit 'penyiasatan' kita kepada pemimpin-pemimpin negara yang lain. Adakah di kalangan mereka yang pernah atau masih menjadi peminum arak yang tegar!?
Apa yang kita difahamkan semua agama mengharamkan segala bentuk entiti atau benda yang memabukkan. Bukankah mabuk itu menghilangkan akal yang waras dan menghilangkan kawalan diri. Di sini kita perlu berlaku adil , tidak kira sesiapa tapi jika mereka ingin menjadi pemimpin mereka wajib menjauhi perkara yang memabukkan ini.
Janganlah menilai Zaid Ibrahim sempena pilihanraya ini sahaja dengan mengharap political mileage daripadanya. Sewajarnya isu arak ini diperdebatkan sepanjang tahun kerana itulah yang menjadi punca besar kerosakan kepada anggota masyarakat. Rumah-tangga berantakan , akhlak merudum malah mendatangkan kemudaratan kepada orang lain apabila memandu dalalm keadaan mabuk contohnya. Jelas arak itu buruk akibatnya tapi mengapa membahaskan dalam tempoh singkat ini sahaja. Kita percaya habis pilihanraya 'arak' kian dilupakan walaupun bahananya besar kepada masyarakat dan negara!
Program terdekat!
Pertandingan Motorcross DPPR dan belia
Pertandingan kali ini bakal diadakan di litar motorcross Perkampungan Cenderawasih pada 11 mei ini. Segala persiapan awal telahpun dibuat dan pihak penganjur sedang sibuk mengatur persiapan tempat serta mengedar borang penyertaan.
Setakat ini dua kali mesyuarat jawatankuasa penganjur telah pun diadakan yang melibatkan exco DPP dan pengurusan kelab motor belia di sini.
Menurut Ketua DPPPR Ustaz Nazri Hj Ahmad kerjasama ini amat memberansangkan dan diharap kepada sesiapa yang berminat dapat mendaftarkan diri lebih awal untuk pengesahan tempat.
Apabila di ajukan soalan berkenaan minat DPPPR dengan sukan ini beliau menjelaska
Menurutnya lagi selain motorcross acara sukaneka akan diadakan sebagai selingan di sebelah petang. Pertandingan motor cantik , acara motor lambat dan tarik tali sebahagian daripadanya. Kepada penggemar sukan ini bolehlah membanjiri litar Motorcross cenderawasih pada tarikh tersebut.



