Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Tolak BN sejauh-jauhnya!!


Mengapa perlu disokong sesuatu yang sudah tidak lagi releven?

Read more...

Minum arak? Kamala apa cerita?

Begitu seronok media mengungkitkan dosa-dosa silam yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim.Ianya satu kesalahan besar namun kenyataan beliau yang menyatakan telah bartaubat seakan membuka lembaran baru dalam hidupnya. Harapnya biarlah terlindung beliau dan seisi ummah dari pintu segala maksiat itu.

Dalam keriuhan akhbar dan tv memainkan isu Zaid dan arak sedarkah mereka untuk menilai calon BN juga? Adakah beliau juga seorang peminum arak? atau pernah meminum arak? Jika minum sudahkah beliau 'bertaubat' kerana kaki minum yang tidak meninggalkan perbuatan keji tersebut tidak layak langsung untuk dipertimbangkan sebagai pemimpin. Kemudian cuba kita lebarkakan sedikit 'penyiasatan' kita kepada pemimpin-pemimpin negara yang lain. Adakah di kalangan mereka yang pernah atau masih menjadi peminum arak yang tegar!?

Apa yang kita difahamkan semua agama mengharamkan segala bentuk entiti atau benda yang memabukkan. Bukankah mabuk itu menghilangkan akal yang waras dan menghilangkan kawalan diri. Di sini kita perlu berlaku adil , tidak kira sesiapa tapi jika mereka ingin menjadi pemimpin mereka wajib menjauhi perkara yang memabukkan ini.

Janganlah menilai Zaid Ibrahim sempena pilihanraya ini sahaja dengan mengharap political mileage daripadanya. Sewajarnya isu arak ini diperdebatkan sepanjang tahun kerana itulah yang menjadi punca besar kerosakan kepada anggota masyarakat. Rumah-tangga berantakan , akhlak merudum malah mendatangkan kemudaratan kepada orang lain apabila memandu dalalm keadaan mabuk contohnya. Jelas arak itu buruk akibatnya tapi mengapa membahaskan dalam tempoh singkat ini sahaja. Kita percaya habis pilihanraya 'arak' kian dilupakan walaupun bahananya besar kepada masyarakat dan negara!


Read more...

Program terdekat!


DEWAN PEMUDA PAS ROMPIN DENGAN KERJASAMA KELAB MOTOR CENDERAWASIH MENGANJURKAN PERTANDINGAN CUB-CROSS CHALLENGE.


TARIKH : 11 - 04 - 2010 ( AHAD )


TEMPAT : LITAR MOTOR-CROSS CENDERAWASIH


MASA : 8 PAGI


YURAN PENYERTAAN : RM 50/MOTOSIKAL


HUBUNGI URUSETIA DI : 019-7673346 (Ustaz Suhaimi )

Read more...

Pertandingan Motorcross DPPR dan belia

Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin (DPPR) dengan kerjasama kelab motor belia Cenderawasih dan Gugusan Keratong sekali lagi akan mengadakan pertandingan Motorcross. Berdasarkan permintaan serta sambutan yang amat menggalakkan dalam program Cakne Rakyat tempohari DPPPR kali ini cuba menganjurkan sukan permotoran ini dengan penglibatan yang lebih meluas.

Pertandingan kali ini bakal diadakan di litar motorcross Perkampungan Cenderawasih pada 11 mei ini. Segala persiapan awal telahpun dibuat dan pihak penganjur sedang sibuk mengatur persiapan tempat serta mengedar borang penyertaan.

Setakat ini dua kali mesyuarat jawatankuasa penganjur telah pun diadakan yang melibatkan exco DPP dan pengurusan kelab motor belia di sini.

Menurut Ketua DPPPR Ustaz Nazri Hj Ahmad kerjasama ini amat memberansangkan dan diharap kepada sesiapa yang berminat dapat mendaftarkan diri lebih awal untuk pengesahan tempat.

Apabila di ajukan soalan berkenaan minat DPPPR dengan sukan ini beliau menjelaskan “ Sukan permotoran bercorak lasak dan aksi semakin diminati oleh golongan muda. Dari sehari ke sehari satu demi satu litar aksi sukan lasak ini dibuka dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada meeka. Ini satu perkembangan yang sihat dan wajar diberikan sokongan oleh pelbagai pihak. Pas menerusi dewan pemuda mengambil peluang ini sebagai ruang untuk mengeratkan lagi hubungan dengan golongan belia dan mengajak mereka untuk bersama-sama memperbaiki keadaan sosial masyarakat yang kian parah . Kami bertindak sebagai duta Penyelamat dan Kasih-sayang” , Katanya.

Menurutnya lagi selain motorcross acara sukaneka akan diadakan sebagai selingan di sebelah petang. Pertandingan motor cantik , acara motor lambat dan tarik tali sebahagian daripadanya. Kepada penggemar sukan ini bolehlah membanjiri litar Motorcross cenderawasih pada tarikh tersebut.


Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP