Calon terbaik umno?
Desas-desus sudah mula kedengaran hanya pemimpin umno sahaja yang bersetuju dengan pencalonan Isa ini sedangkan majoriti rakyat di Bagan Pinang menolak pemimpin yang pernah mempunyai rekod hitam ini. (bukan piring hitam !)
Nampaknya sekali lagi saranan Tun dan KuLi seakan diambil lewa. Tapi meletakkan kesalahan membuta-tuli terhadap Najib dan Muhyidin juga tidak adil. Barangkali mereka sudah jenuh menapis calon yang bersih dan hanya Isa Samad sahaja yang paling bersih mengikut penanda aras umno. Tambahan pula umno Bagan Pinang yang kebetulan diketuai oleh Isa juga mengharapkan Isa Samadlah yang bertandingi. Sudah kelihatan kain rentang yang memaparkan golongan tertentu yang akan memboikot pilihanraya ini jika Isa tidak dicalonkan.
Tun dan KuLi mungkin hanya mampu menggeleng kepala melihat percaturan yang berani ini. Sekarang bukan zaman kegemilangan mereka era 80-an dahulu. Dahulu suara mereka didengar, pengaruh mereka besar. Jika mereka berkeras inginkan suara mereka didengar ceburlah semula politik dan bertandinglah dalam pemilihan nanti.