Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Ucapan Terima kasih dan tahniah Kepada Petugas PAS Kawasan Rompin

Seperti yang telah dijadualkan Kontinjen PAS Pahang telah diminta bertugas di UPU Pasir Panjang dan Bukit Bayas dalam DUN Ladang mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

Petugas dari PAS Kawasan Rompin telah ditugaskan untuk membantu menjalankan gerakerja pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu bermula dari 01 hingga 06 januari 2009 yang lalu.
Sebahagian petugas telah ditempatkan dibahagian Pentadbiran dan tugas-tugas Khas dan sebahagian lagi menjalankan gerakerja pilihanraya sebagaimana yang dijadualkan.

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua petugas dari Kawasan Rompin yang bersedia menginfak diri serta sanggup meninggalkan keluarga serta anak-anak demi menjalankan kewajipan memenangkan PAS dan perjuangan Islam serta Pakatan Rakyat.

Tiada ucapan yang boleh diberikan kepada mereka apabila telah berjaya menjalankan tugas dengan sempurna dan mendapat pujian dari dari Jabatan Pilihanraya PAS negeri Pahang.

Semoga ilmu yang sedia ada , pengalaman serta tunjuk ajar yang telah diterima dari pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu akan dapat dimanfaatkan di tempat sendiri.

Sekali lagi ucapan tahniah dan syabas khusus kepada petugas moga-moga segala usaha dan ikhtiar yang telah kita berikan akan mendapat keredhaan Allah.Allahuakbar!

Read more...

Now..who are the real terrorist!?

Product of Israel...no expiry date!










Good care of american





Read more...

Dulu…Kita telah sedia merempuh badai… Sekarang ni…hampir tersadai…!

Masih terdengar kenyataan Menteri Kewangan lebih sebulan yang lalu yang negara dan ekonomi kita kukuh dan tidak terjejas dek kemelesetan ekonomi dunia…maklumlah masa tu baru ambil-alih kenalah cakap konfiden sikit…!

La ni apa nak kata…difahamkan ramai penganalisis ekonomi yang mengandaikan Malaysia juga bakal terkena tempias kemelesetan ekonomi walaupun barangkali tidak seteruk Singapore mahupun Hong Kong.

Apa yang paling mendukacitakan ialah angka pemberhentian pekerjaan yang sedang diwar-warkan dan hampir pasti.Para pelabur dan majikan kununnya terpaksa mengambil langkah tidak popular ini untuk meminimakan kerugian.Yang menjadi mangsanya sudah tentulah pekerja yang telah sekian lama bergantung harap di situ.

Apa yang kerajaan boleh bantu mereka nanti sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Read more...

Perjuangan Kebangsaan gagal - Presiden PAS

Khairul Azlam Mohammad

KUALA TERENGGANU, 10 Jan (Hrkh)- "Ada pun, kumpulan Kebangsaan Arab yang berdiri di atas bangsa, yang berjuang di atas tanahair gagal meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat, gagal untuk menjatuhkan kumpulan Islam."

Umat Islam di negara ini diingatkan agar bersama-sama dengan kumpulan yang benar-benar memperjuangkan agama Islam. Ini kerana, pertarungan yang berlaku terutama di bumi Palestin hari ini adalah antara kebenaran Islam dan kebatilan jahiliah.

Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pertarungan yang berlaku di Palestin hari ini antara kumpulan Hamas dengan kumpulan Arab Palestin.

"Pertarungan yang berlaku di Palestin hari ini ialah di antara kumpulan Hamas yang menegakkan Islam, yang menegakkan syariat Allah SWT dengan kumpulan Arab Palestin yang bermuafakat dan bersama-sama mahu menjatuhkan kumpulan yang menegakkan Islam (Hamas).

"Ada pun, kumpulan Kebangsaan Arab yang berdiri di atas bangsa, yang berjuang di atas tanahair gagal meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat, gagal untuk menjatuhkan kumpulan Islam," tegasnya ketika menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Batu Burok, Kuala Terengganu, dekat sini.

Menurutnya, kejatuhan bumi Palestin adalah berpunca dari kelalaian umat Islam sendiri yang meninggalkan ajaran Islam. Namun begitu, kata Ustaz Abdul Hadi ajaran Islam tidak dapat dihapuskan kerana akan bangkit satu golongan dari kalangan umat Islam yang mempertahankannya.

"Wujudnya, negara Haram Israel itu adalah perancangan dari musuh-musuh Islam dengan pertolongan kuasa-kuasa besar dunia dan bumi 'ambia' di Palestin dirampas oleh mereka (Israel).

"Kejatuhan bumi Palestin adalah berpunca dari umat Islam meninggalkan ajaran Islam tetapi ajaran Islam tidak dapat dihapuskan kerana akan bangkit umat Islam yang mempertahankannya.

"Bangkinya, golongan Hamas adalah kerana janji Allah SWT dan janji Rasulullah s.a.w walau pun mereka bermandi darah dan bumi Palestin di Gaza 'bermandi' darah tetapi perjuangan Islam tidak boleh dihapuskan," jelasnya.

Katanya, perjuangan di atas dasar kebangsaan tidak boleh menyelamatkan aqidah umat Islam termasuk tanahair dan bangsa itu sendiri. Menurutnya, Islam merupakan penyelamat kepada bangsa, agama dan tanahair dari anasir-anasir musuh yang mengancamnya. - azm _

sumber:harakahdaily

Read more...

Fenomena Permatang Pauh makin jelas di Kuala Terengganu

Wartawan Kita
KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Dato' Seri Najib Razak kelihatan resah apabila petanda awal Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu semakin tercabar sekarang.

Malah sebelum ini beliau enggan mengakui pilihan raya tersebut sebagai medan ujian terhadap kewibawaannya sebelum menduduki kerusi ketua kerajaan pada Mac depan.

Agak meresahkan lagi apabila penduduk Cina tempatan keluar beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada perarakan calon PAS yang melalui Taman Permin Jaya, Jalan Pusara dan ke stadium negeri.

Ada di antara mereka yang turut mengibar bendera PAS, KeADILan dan DAP sebagai sokongan moral kepada Abdul Wahid Endut.

Agak mengharukan juga apabila ribuan penyokong Pakatan Rakyat bukan Islam dari luar Terengganu hadir memberi sokongan. Situasi itu agak luar biasa apabila mereka datang lengkap dengan pasukan gendang.

"Saya melihat mood pilihan raya Mac 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku hari ini.

"Ini sudah memberi isyarat awal BN berdepan dengan kesukaran untuk mempertahankan kerusi tersebut apabila usaha Umno dan BN menarik kembali sokongan rakyat nampak hambar," kata pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Zainal Abidin Hussin.

Petang ini difahamkan berlangsung pertemuan Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dengan lebih 100 bloggers dari seluruh negara yang datang ke sini bagi membantu calon Pakatan Rakyat.

Turut kelihatan Raja Petra Kamaruddin pemilik laman web Malaysia-today.

Seorang penduduk tempatan pula ketika ditemui memberitahu calon bebas yang turut bertanding pada pilihan raya tersebut Azharuddin Mamat merupakan bekas orang kuat Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Katanya, kehadiran ahli perniagaan itu ternyata menjadi satu bebanan baru kepada Umno memandangkan beliau mempunyai keluarga yang ramai dan berpengaruh di sini.

"Sudah tentu undi yang akan diraihkan Umno akan berpecah dua kepada Azharuddin dan Wan Farid. Ini tentunya akan memberi satu lonjatan kepada calon PAS," katanya yang bertugas di Wisma Darul Imam.

Menurut sumber ayah kepada calon Bebas terbabit pernah berkhidmat dengan Wan Mokhtar semasa menjadi Menteri Besar Terengganu.

Seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti disiar di laman-laman web menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat juang Umno.

Katanya, biar pun kenyataan itu dituju Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, namun ia menjejaskan reputasi Najib yang sedang berhempas pulas di Kuala Terengganu.

Sebelum ini mantan perdana menteri itu menyuarakan rasa kecewa dengan pemilihan Wan Farid sebagai calon BN kerana dia dianggap hanya seorang proksi kepada Abdullah.

Calon BN itu pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri pada 2003.

Kemudian dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihanraya umum lalu melalui kuota sebagai senator.

Tamparan lebih hebat menimpa jentera BN apabila calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan kertas pencalonan.

Lebih menarik lagi apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon PAS.

Zainal berkata, bakal Perdana Menteri terpaksa bekerja lebih keras lagi bagi mempertahankan kerusi Kuala Terengganu kerana petanda awal sudah memihak kepada PAS. - mj _

sumber:harakahdaily

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP