Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

YB kami Timbalan Menteri!

“YB kami dulu exco sekarang ni Timbalan Menteri tapi permohonan tanah kami di Sungai Peha tak selesai-selesai jugak!” Begitulah rintihan seorang petani di Muadzam Shah yang menjadi antara peneroka awal di satu kawasan tanah yang di gunakan untuk bertani dan berternak bagi mencari sesuap nasi.Cerita tanah di Sungai Peha ini bukan cerita baru tapi sudah memakan masa belasan tahun.

Setiap kali tiba PRU inilah salah satu modal yang paling banyak digunakan di Muadzam.borang tanah keluar bagai hujan turun dari langit kononnya ingin memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk memiliki sebidang tanah sendiri untuk pertanian dan sebagainya.Maka berbondong-bondonglah rakyat yang memang mengharap keprihatinan kerajaan ini mengisi borang tanah walaupun telah lali dengan taktik ini.Menjelang PRU 1999 contohnya bertambun batu pancang ditambunkan di tepi jalan memberi harapan palsu kepada rakyat.Begitu juga PRU 2004 dan 2008,cerita tanah masih kedengaran lagi dan sekali lagi rakyat teruja dengannya.

Mengapa susah sangat untuk memberi peluang kepada orang Melayu di sini untuk mendapatkan tanah sedangkan beratus-ratus hektar tanah boleh diberi kepada tauke-tauke besar untuk membuka ladang kelapa sawit di sekitar Rompin ini?Sedikit demi sedikit malah hampir kehabisan kawasan pertanian di Rompin ini yang di miliki oleh orang luar dan bukan Bumiputera

Mengapa ratusan hektar lebih mudah diluluskan berbanding 3 ekar yang diminta untuk bercucuk tanam?Inilah realiti yang dihadapi oleh rakyat di Muadazam dan Rompin sekarang.Pada siapa lagi yang hendak diharap untuk menjadi tempat mengadu jika YB sendiri gagal menolong pengundi sendiri?

`Lebih separuh penduduk di Muadzam ini adalah mereka yang bekerja dan makan gaji di sini.Ke manakah mereka akan pergi apabila bersara jika tidak ada tanah yang di sediakan untuk tinggal dan menjadi sumber penyambung rezeki?’

Dato’ Maznah Mazlan dan Dato’ Jamaluddin Jarjis yang telah beberapa penggal menjadi `Yang Berhormat’ di sini di harap dapat menjelaskan isu ini.

Read more...

DEB: Di mana silapnya?

"Dalam tempoh masa tidak lama lagi,kita kan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru(DEB) akan di ganti" Kata Najib...Akhirnya Najib seakan mengakui kegagalan DEB yang sekian lama dimomokkan untuk membasmi kemiskinan dan menyeimbangkan ekonomi antara kaum di Malaysia.DEB pada asalnya di perkenalkan di zaman Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang mana diwaktu itu dilihat perlunya ada satu pendekatan serius untuk menangani kemiskinan yang majoritinya di kalangan orang Melayu dan Bumiputera.

Bermodalkan DEB lah umno mengambil kesempatan kononnya merekalah yang memperjuangkan melayu.Tahun demi tahun berlalu dan rasionalnya perancangan awal DEB tidak banyak yang menjadi kenyataan.Hanya segelintir melayu yang rapat dengan pemerintah,opportunis dan korporat-korporat besar sahaja yang banyak memperolehi manfaat.

Melihat realiti dan bertitik tolak dari itulah barisan pembangkang melihat jika beginilah keadaannya lebih baik dasar yang semakin terpesong dari tujuan asalnya ini dikaji semula.Lebih bijak jika Negara mengambilkira keadaan keseluruhan rakyat secara adil dan tidak memfokuskan kepada satu-satu bangsa sahaja.JIka majoriti melayu yang miskin maka sudah tentulah orang melayu yang sepatutnya ramai mendapat pembelaan dan begitu jugalah kaum lain.

Hairan bin ajaib.Begitulah realitinya politik di Malaysia.Sewaktu barisan pembangkang termasuklah Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid MB Selangor menggesa kerajaan mengkaji semula DEB maka berbondong-bondonglah pengampu-pengampu yang kononnya cintakan bangsa turun berdemontrasi tapi apabila Najib sendiri mengumumkannya mengapa seluruh alam sunyi sepi?Ke manakah hilangnya pengampu-pengampu yang dulu beria-ia menyalahkan pembangkang kononnya mengkhianati rakyat!Tidakkah kenyataan Najib kali ini mampu di bantah mereka?

Ironisnya jika DEB berjalan dengan telus sedari awal barangkali peratus pencapaian DEB sudah jauh lebih baik daripada sekarang.Tapi apabila diletakkan di tangan kelompok yang salah dan tidak amanah maka jadilah DEB itu hanya satu akronim yang melunakkan tapi hakikatnya masih gagal.

Kita masih menunggu-nunggu apakah jenis dasar yang akan diperkenalkan oleh Najib bagi mengganti DEB ini.Apakah ianya selari dengan hasrat pembangkang yang mahukan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dibela?Atau akan lahir satu lagi slogan lunak yang akan indah khabar dari rupa?Sama-samalah kita lihat sejauh manakah bakal PM yang baru ini bijak merencanakan kemajuan agama dan Negara.

Read more...

Ustaz Mat Nor kemalangan!

Takdir yang melengkapkan Qada' dan Qadar Allah, begitulah yang yang berlaku kepada Ust Mohamad Noor Sidi Abdul Latif Mantan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang yang terlibat dalam kemalangan di jalan Kuantan - segamat , batu 8 Kg Banjir, Gambang beberapa hari yang lalu.

Beliau bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan pulang ke Keratong sekembali dari menziarahi keluarga di Kelantan terlibat dalam kemalangan, apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah yang bertentangan.Puncanya apabila kereta itu cuba memotong kenderaan lain di hadapannya tapi tidak berjaya lantas merempuh keretanya yang sudah menepi ke sisi jalan.Malang tak berbau walaupun beliau sudah cuba mengelak hingga ke bahu jalan namun kenderaan itu juga turut mengelak ke bahu jalan.

Beliau yang luka di bahagian mulut telah menerima beberapa jahitan di HTAA dan telah dibenarkan keluar wad.Tapi memandangkan isteri dan anaknya terpaksa dimasukkan ke wad maka terpaksalah beliau terus berumah di hospital bagi menemani dan mengawasi keadaan anak dan isterinya itu,.Isteri beliau patah tangan kanan , 2 tulang rusuk dan tulang punggung , manakala anak beliau pula patah tulang bahu kini berada di wad 4C HTAA.

Beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada individu yang baik hati menolong menghantar isteri dan anak beliau ke Poliklinik Gambang,. Beliau yang tidak sedarkan diri selepas perlanggaran itu dibawa terus dengan ambulan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA).


Kepada sesiapa yang ingin berziarah melihat keadaannya itu bolehlah pergi terus ke HTAA Kuantan.Ustaz Mat Nor ialah antara beberapa pendakwah yang bergerak aktif menyebarkan dakwah Islam dan menyampaikan kuliah di beberapa buah Surau dan Masjid di sekitar Pahang.



by che li

Read more...

Selamat Hari Lahir Dato' Presiden

Maka genaplah usia presiden Pas Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang 61 tahun hari ini.Semakin panjang usia semakin matang dan betah Dato' Seri dengan rencak tari politik negara yang memang individu yang bijak dan berpandangan jauh sahaja mampu mendepaninya.


Usia sama ada tua atau muda bukanlah penghalang untuk terus aktif dan berpadu tenaga dalam dunia politik,apatah lagi politik yang berteraskan Islam.Bagi kami Pemuda Muadzam optimis yang Tuan Guru akan terus memimpin jemaah Pas ini ke mercu kejayaan mengharap Mardhatillah!

Semoga Allah s.w.t mengurniakan kesihatan tubuh badan dan ketahanan mental yang tinggi kepada Tuan Guru dalam berusaha ke arah matlamat yang satu itu.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mereka sendiri tidak mengubahnya."...lantaran itulah besar harapan kami agar Pas terus mendepani dalam apa jua persepakatan atau gerakerja untuk memenangkan perjuangan rakyat dan Islam!

Salam buat Tok Guru...!

Read more...

Pemimpin yang celaru

'Lapangan terbang Pulau Tioman mungkin dipindahkan', begitulah bunyi tajuk sebuah akhbar harian yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Rompin yang kononnya mempertikaikan kos pembinaan lapangan terbang yang tinggi di Pulau jika dibandingkan dengan kos pembinaan di tanah besar, khususnya di Rantau Panjang, Rompin.Projek lapangan terbang ini diputuskan di era Tun Dr Mahathir lagi dan peliknya beliau tidak pula menyanggahnya pada masa tersebut.

Dalam masa yang sama juga Ahli Parlimen Rompin ini ingin mengekalkan tarikan pelancong ke Pulau tersebut. Inilah menimbulkan tanda tanya, adakah pelancong akan bertambah ke Pulau Tioman sekiranya kemudahan tidak disediakan dengan sempurna selaras dengan perkembangan semasa dan peredaran zaman sekarang.?

Apa salahnya jika peruntukan yang dikatakan tinggi digunakan kerana semuanya adalah untuk kepentingan rakyat merasai kenikmatan pembangunan, pelancung dalam dan luar yang berhasrat menikmati keindahan dan seterusnya menunaikan janji pembangunan yang selalu dijaja semasa tibanya pilihanraya.

Jangan pula kerajaan BN sanggup membelanjakan ratusan juta untuk membawa seorang manusia keangkasa semata-mata untuk mendapat nama dan kemegahan hakikatnya tiada pulangan dari belanja yang tinggi untuk manfaat rakyat kebanyakan.

Sekiranya projek ini benar-benar berpindah ke Rantau Panjang ini bermakna para pelancong, penduduk tempatan masih berterusan menggunakan kaedah lama yang masih menunggu air pasang surut untuk ke sebuah feri dari jeti.

Sepatutnya rakyat mendapat perubahan ekoran telah lama berjuang memenangkan BN di Pulau Tioman dengan janji yang ditabur atau mungkin ada agenda lain yang sedang difikirkan disebalik perpindahan lapangan terbang ini.(?)

oleh che li

Read more...

Dato' Tuan Brahim menyantuni mangsa kebakaran.

14oktober-Pesurugjaya Pas Pahang Dato' Tuan Brahim Tuan Man bersama YDP Pas Rompin ustaz Shukri Hj Ahmad telah berbesar hati mengunjungi sebuah keluarga yang ditimpa musibah baru-baru ini apabila rumah mereka hangus dijilat api.Mangsa yang juga peneroka felda di Keratong 5 agak terharu dan gembira dengan kunjungan mesra PJ ini.


Kebakaran yang berlaku pada9 oktober ini telah memusnahkan sama-sekali rumah yang didiami oleh 4 beranak itu hingga mereka tinggal sehelai sepinggang.Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebiji kereta jenis proton iswara dan sebiji motosikal.

Menurut mangsa, encik Azmi Rodidon kebakaran itu disyaki berpunca dari api lilin yang digunakan pada malam itu akibat bekalan elektrik terputus disebelah petangnya.Kerugian menurutnya dianggarkan lebih-kurang 86 ribu dan beliau sedang giat berusaha untuk membuat tuntutan insuran kepada rumah dan kenderaannya itu.


Tuan Brahim sempat mengadakan tahlil ringkas di tapak kebakaran itu juga mengingatkan azmi agar bersabar dan redha dengan ujian Allah ini.Allah sentiasa menguji hamba yang dikasihiNya.


Dalam ziarah ringkas ini juga Pas Kawasan,Pas cawangan Keratong 5 dan Dewan Pemuda Pas Kawasan telah rendah dirinya menyumbangkan sedikit bantuan dan barangan keperluan bagi berkongsi sedikit kesusahan yang dideritai mangsa.




Dato' Tuan diakhir lawatannya berharap agar pihak felda dan kerajaan tempatan agar mempercepatkan pembinaan semula rumah encik Azmi ini sebagaimana yang dijanjikan.





Berita oleh jinbukitridan




Read more...

Belum tumbang dah tebang

Cubaan Pak Lah untuk membuka keahlian BN yang kononnya untuk menguatkan parti tidak berjaya.Sisa-sisa idea 'bernasnya' dicantas sendiri oleh ahli kabinetnya sendiri.Pak Lah barangkali cuba menutup kelemahan kepimpinannya dengan idea terbaru ini.

Membuka keahlian untuk BN sahaja maknanya mereka cuba menghapuskan imej buruk parti perkauman mereka yang sudah ditolak oleh majoriti melayu.Pun begitu langkah itu jika dilaksanakan pun sudah terlambat kerana UMNO yang telah sekian lama memperjuangkan politik sempit itu sudah tidak mendapat kepercayaan dari parti komponen yang lain.

Satu demi satu parti yang pernah bersekongkol dengan mereka mengangkat kaki mencari arah yang baru.Sedikit masa lagi barangkali hanya UMNO dan MIC sahaja yang tinggal dalam BN.

Najib membawa perubahan?

Jika mereka sangka dengan peralihan kuasa kepada Najib UMNO dapat dipulihkan mereka silap.Hanya pimpinan atasan sahaja yang bersatu(kununnya) menyokong najib semata-mata kepingin kepada jawatan tertentu sedangkan ahli UMNO diperingkat akar umbi sendiri sudah hilang kepercayaan kepada UMNO untuk membela melayu.
UMNO tidak kuat!Yang menjadikan mereka nampak kuat hanya kerana manipulasi media dan penyalahgunaan jentera kerajaan setiap tiba PRU.Jika bertanding dengan adil dan telus nescaya telah lama UMNO dikuburkan.

Apakah idea hebat yang dijangkakan terpacul dari Najib untuk memulihkan UMNO?Tambahan pula beliau sering dipersoalkan dengan pelbagai tuduhan?Selama inipun beliau hanya lebih banyak mendengar nasihat Mahathir berbanding kebolehannya sendiri.Semasa beliau menjadi MB Pahang dulu contohnya tidak banyak yang boleh dilakukannya sehinggakan negeri Pahang yang kaya dengan hasil mahsyul ketinggalan berbanding negeri lain sehingga kini.....

Read more...

Renungan syawal

...Berbondong-bondong yang menawarkan diri nak bertanding.Gelojoh untuk mendapatkan kedudukan dan kuasa sesetengahnya hingga terlupa pekong yang ditinggalkan di belakang...Apakah rakyat boleh menerima pemimpin yang korup?...Jika dalam Pas mustahil tapi dalam parti lain saya tak tahu...!


Seakan memberi panorama baru zaman sekarang siapa yang pandai bercakap dan mengipas dialah yang ke depan...Tapi seringkali manusia lupa pada Allah apabila diuji dengan sedikit kuasa dan kesenangan..Lupa diri,sombong,angkuh !

Tidakkah mereka lupa dunia ini hanya tempat singgah sementara!Tempat Allah menguji hambanya.


Amanah itu berat bagi mereka yang amanah dan enteng bagi mereka yang leka.

Read more...

Berita gempar

Sempena bulan syawal yang diraikan ini Pas cawangan Bandar Muadzam dan Pas Cawangan Desa Teratai berbesar hati untuk mengadakan majilis sambutan Eiudulfitri di Bandar Muadzam.Semalam setelah bermesyuarat pihak kami bersetuju mengadakannya pada 12 oktober ini(ahad) jam 7.30 malam di Markaz Pas Desa Teratai.

Mewakili cawangan-cawangan ini kami Pemuda Muadzam gembira hati menjemput tuan/puan ke majlis jamuan hari raya ini...Makanan yang bakal dihidangkan termasuk nasi dan kuih-muih.(sesiapa yang nak beri sumbangan kuih pun boleh).

* Sambutan pada tarikh 12 hb ini adalah anjuran cawangan dan pada 18 hb(keratong 8) nanti akan diadakan pula sambutan di peringkat kawasan...kami tidak menolak untuk mengadakannya lantaran cadangan dan keinginan masyarakat setempat untuk beramah-mesra sesama penyokong Pas dan perjuangan rakyat malah ramai juga yang menghulurkan berbagai sumbangan.

Semua rakyat disekitar Rompin dijemput ke jamuan terbuka ini.

Read more...

Jemputan

Pas kawasan Rompin membuat keputusan untuk mengadakan jamuan Raya di peringkat kawasan(seluruh Rompin le tu maknanya..) akan di adakan pada 18 oktober 2008 bertempat di markas Pas Keratong 8.

Majlis ini akan dimulai jam 5 petang dengan sessi minuh tea dan dialog bersama wakil Kelab Penyokong Pas Pahang/Nasional serta masyarakat bukan melayu di Daerah Rompin...Semua boleh hadir nih..!

Selepas Maghrib jamuan utama Hari Raya Pas Kawasan pun bermula dengan menu yang amat enak sekali...(promo kena lebih sikit hi..hi.)

Antara menu yang dijangka hangat!


Nasi Minyak dan lauk-pauk


-Lemang


-Nasi himpit




-Ketupat



-Tapai


-Lontong



-Agar-agar spesel



-Kuih-muih


-dan banyak lagi...!


Acara malam-Jam 9 Ceramah Umum oleh Ustaz Idris Ahmad(AJK Pas Pusat)..dijangka hebat dengan perkembangan terbaru politik tanah air..
Semua muslimin-muslimat dijemput hadir!

Read more...

Raya with the wrong way!?


Puasa sudah raya pun sudah.Yang jelas di negara kita tidak sah raya kalau tidak medianya melaburkan hiburan yang terlampau.Sejak dari seminggu sebelum raya sudah ada kedengaran lagu mendayu-dayu di tv dan corong radio yang cuba mengalih perhatian umat Islam dari menghayati ibadah puasa.Begitu juga menjelang raya artislah yang paling sibuk...bagai lilin kununnya membakar diri menerangi kehidupan orang lain.


Acara wajib di kaca tv nyanyi-menyanyi,karaoke,tari-menari,percampuran bebas lelaki dan wanita dan bersalam-salaman lelaki dan wanita kunun nak minta maaf sesama mereka.Apakah ini cara yang disarankan Islam bagi kita meraikan hari raya?

Setelah sebulan panjang ditarbiyyah Allah di madrasah Ramadhan tapi apabila tiba hari raya kita menyambutnya seolah-olah Ramadhan tak pernah datang dan mendidik kita.

Sila sebutkan badan penyiaran yang manakah yang mengajak kita mengisi raya yang mulia ini dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan mengingatkan kita kepada mati yang pasti mendatang!Berapa jam kah dalam sehari tv hari ini di isi dengan rancangan keagamaan berbanding ruang yang diberikan pada artis-artis untuk 'mencari makan'.

Pengaruh media amat besar kepada masyarakat.Jika hiburan semata-mata yang dihidangkan maka kenyanglah umat dengan hiburan yang melampau semata-mata.Di manakah tanggungjawab pengamal-pengamal media dan bos-bos mereka terhadap Allah dan menjaga iman umat Islam!?Apakah kalian fikir yang perbuatan kalian yang mengajak manusia menghayati anugerah Allah dengan cara yang salah ini tidak akan dikira dosa dan pahala.?Tepuk dada tanya iman!


jinbukitridan

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP